Friday, March 1, 2013

Rosli Dhobi; Pejuang Sarawak (Short Movie Competition)

Orait, since lamak dah x update blog twk, asanya nak cerita ckit laa.. Hurm, cuti mid-sem twk tek, mekorg ada shooting filem rya, ny sempena CS Open Day kat UiTM Sarawak twk.. Mekorg shoot hari sabtu and ahad, and kmk ambik masa editnya dalam 2 hari, full packed days, isnin ngn selasa, perghh! Nang benda lain x dilalek gyk da time nk edit video twk, bygkan kmk edit dri pkul 10 pagi smpey 12 tgh malam, hahaha.. Tapi best! sebab kmek nang having fun molah kerja twk, hehehe..
Tok adalah skrip yg kmek plah pada hari jumaat, before shooting the next day ya, ehe.. mek molah benda twk dari kul 10 malam, smpey kul 3 pagi, hahaha..

Senarai Pelakon:-1)       Asrun – Rosli Dhobi
2)       AJ – Morshidi Sidek (yg ambil gambar)
3)       Noh – Sir Duncan Stewart (Gabenor Sarawak Kedua)
4)       Izhar –  Bujang Suntong (yg memperkenalkan Rukun-13 kpd RD)5)       James - Awang Ramli Amit Mohd Deli
6)       Afif - Charles Vyner Brooke (yg menyerahkan Sarawak kpd Sir Duncan stewart)
7)       Pemberitahu/ Pihak British - Affifandi
Storyline/Skrip “Rosli Dhobi; Pejuang Sarawak” (Short Movie Competition):-
1)       Babak Perang Dunia.
2)       Babak kata-kata - British menubuhkan PTB dan ini ditentang oleh penduduk Sarawak, dan gerakan itu dikenali sebagai Gerakan Anti Penyerahan.
3)       Babak penduduk kampung menulis surat bantahan, menampal poster & membuat demonstrasi. [Lokasi: kg. Pinang (demonstrasi), bilik yg ada perabot lama, oleh Amin, (tulis surat bantahan), kg. Pinang (menampal poster)] Dalam babak ini ada memaparkan Sir Charles yang berang dengan penduduk kampung, (Blok B/M; prop – brg2 pejabat).
4)       Babak kata-kata – Gerakan semakin lemah.
5)       Babak golongan muda dalam PPM Sibu. RD dan kawan-kawannya mengatur satu pertemuan dan membentuk Rukun-13. Rosli joined Rukun 13 in August, 1948. He was introduced to the organization by an old friend, Bujang Suntong. Disini, babak mereka menceritakan semula apa yang telah terjadi kepada penduduk kampung dan mengenai British. Dalam babak ini, mereka bersumpah untuk menghapuskan Pegawai Eropah tersebut. (Blok L; Bilik mesy. CHESS)
6)       Babak Sir Charles Vyner Brooke kelihatan seperti mundar-mandir tetapi sebenarnya sedang berjalan perlahan-lahan. Babak seterusnya adalah ketika Sir Charles menulis surat. (Pejabat; Blok B/M)7)       Babak orang menghantar surat kepada Sir Duncan. Sir Duncan membaca surat, dan tersenyum. (Blok B/M)8)       RD dan sahabat-sahabatnya berlatih silat. Mereka mengeluarkan isu mengenai kedatangan Sir Duncan Stewart ke Sibu, Sarawak. (kg. Pinang). Pada malam itu, Rosli menyediakan pisau dan menyalutinya dengan racun. (Bilik Asrun).9)     Babak kapal terbang. RD dan Morshidi Sidek di antara orang yang menyambut kedatangan Sir Duncan. Apabila Gabenor itu sibuk untuk berjumpa dengan penduduk tempatan, Morshidi berpura-pura mengambil gambar Gabenor tersebut dengan Kamera Palsu. Gabenor itu berhenti untuk membenarkan Morshidi mengambil gambarnya. Ketika itu, Rosli mengambil kesempatan untuk membunuh Gabenor Duncan Stewart, dengan pisau yang beracun. Gabenor berdarah dengan teruk. Rosli ditangkap pada masa itu juga. (Padang Rugby/ Kesatria)10)  Babak kata-kata – Mengenai keadaan Sir Duncan Stewart.11)  Babak RD dan kawan-kawannya di soal siasat. RD tidak mengaku yang dia membunuh Gabenor itu. (Bilik Belajar Blok 6; prop – lampu belajar)12)   Babak kata-kata - Pihak British menyerbu Ibu RD dan memaksanya memujuk RD untuk mengakui kesalahannya jika dia tidak mahu dibunuh.
13)   Rosli Dhobi terpaksa akur, sambil dia melihat kepada semua kawan-kawannya. (Bilik Belajar)
14)   RD digantung (dihukum). (Gambar Tali)
Susunan Lokasi mengikut susunan semasa penggambaran, bermula 11.00am (9.2.13):-1)       Kg. Pinang – demonstrasi, menampal poster, babak RD bersilat dan berbincang dengan kawan-kawannya.
Pelakon:- Semua orang.2)       Blok 2 – bilik Izhar, babak asyurul menulis surat bantahan.
Pelakon:- Asyurul shj.3)       Blok B – pej. Sir Charles. (berang & mundar mandi; menulis surat)
Pelakon:- Afif dan pemberitahu.
4)       Blok L – RD dan kawan-kawannya berbincang.
Pelakon:- Asrun dan geng.
5)       Blok M – pej. Sir Duncan.
Pelakon:- Noh shj.
6)       Padang Rugby/Kesatria – babak ketibaan Sir Duncan.
Pelakon:- Semua orang.
7)       Bilik belajar Blok 6 – Gambar RD akur.
Pelakon:- Asrun dan geng beserta pihak British.
Babak Malam:-1)       RD menyediakan pisau yang beracun. (Asrun)
2)       Babak RD dan kawan-kawan disoal siasat. (Asrun dan geng beserta pihak British)
Prop-prop yang diperlukan, (tambah jika ada yg berkaitan/ diperlukan):-
1.       Barang-barang pejabat. (tmpt alat tulis, fail-fail, kertas, buku-buku)
2.       Kertas yang banyak – tampal poster, tulis surat – Affifandi ada
3.       Kad Manila – untuk demonstrasi. (3 helai; pakai marker pen Asrun)
4.       Kamera palsu – kamera Affifandi
5.       Lampu belajar – Affifandi ada
6.       Pisau & cecair (racun) – Asrun, fikirkan cara
7.       .
8.       .
Pakaian:-
1.       Baju Melayu, Baju t-shirt blank (untuk pesilat), baju kemeja petak-petak. Kemeja putih (untuk ke’Inggeris’an; dipakai oleh Sir Duncan, Sir Charles).
2.       Kain Pelikat.
3.       Seluar Slack.
4.       Songkok.
5.       Kasut hitam oleh Sir Duncan, Sir Charles. 
Tapi x smua scene dl  film kmekorg ya nya ikut skrip twk.. Contohnya, kmekorg x jadi nk shoot kat kpg Pinang, mekorg shoot kat kampung berdekatan jeti feri Kota Samarahan.. Ada gyk, babak berlakon kat Mahkamah Lama Kuching, sepatutnya neyda kat dalam skrip, p mekorg main ambik jak babak ya,shoot jk, n then, cyesly, nya kacak! hehehe.. Kakya, nok babak cdak Morshidi Sidek kenak soal siasat ya, sepatutnya kmek yang soal siasat, tpi cun jwak rya nemu Kandai (Iskandar; Pegawai British), alu nya la jadik, kkya ng cun gyk ngn ny ngembak watak ya, kacaklaa! hehehe.. 


twk la poster kamekorg:-



Sunday, January 27, 2013

Biodata Nabi Muhammad S.A.W (Sempena Maulidur Rasul)


BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W
· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
·malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
Khadijah Binti Khuwailid
Saudah Binti Zam'ah
'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
Zainab Binti Jahsy
Maimunah Binti Harith
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

Sepanjang hidup by Maher Zain


Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi

~Once upon a Poem~


Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang..