Salam kepada semua pembaca yang sudi membaca bl0g saya ini, inilah bl0g pertama yang saya buat. Sebenarnya, aktiviti ber'bl0ging' ini merupakan aktiviti masa lapang. Di samping itu, saya juga ingin berk0ngsi kisah saya sama ada yang happy, sad 0r apa-apa aje la, hehe..
Pada bl0g ini, ingin saya mengetengahkan tentang Pembelajaran. Tajuknya nampak singkat je tapi banyak perkara yang terjadi di sebalik tajuk tersebut. Saya skip terus je dengan cerita, hehe.. Sebenarnya saya merupakan pelajar sek0lah biasa, yang memang nak berser0n0k je dekat sek0lah.. Selalu ar ikut aktiviti itu ini, sampai banyak pelajaran yang dah tertinggal.. Then, kesedaran mengenai pentingnya pelajaran itu datang pada saat-saat akhir, 3 bulan sebelum saya menghadapi peperiksaan SPM, huhu.. Pada masa itulah setiap perkataan yg berbentuk m0tivasi drpd ckgu akan saya ingat dan saya jadikan sebuah semangat untuk diri saya belajar..
Cara pembelajaran saya, (pada saat-saat akhir ni) bersiap sedia la, pastikan semangat kita nak belajar tu ada, kalau kami 0rang sekelas dulu gelar semangat spm, ahak! Then, kaji balik semua subjek-subjek yang berkaitan, bahagian yang kita tertinggal kena baca balik,yang ni penting, baca je tak ada guna, kena ada buku s0alan juga kat sebelah masa kita membaca tu. C0nt0hnya kita baca sejarah bab 2, habis baca terus buat s0alan-s0alan kat dalam buku tu.. Then, sudah tentu kita akan melakukan kesilapan, dan drpd kesilapan itulah kita belajar.. Lepas tu, kita rehat and refresh balik apa yang kita belajar, baru buat nota ringkas, saya sarankan buat ikut ayat sendiri yang boleh buat kita faham, contohnya, "si ... dengan si ... rupanya berperang gara-gara ..." memang agak pelik dan lucu, tapi saya rasa ianya amat membantu, hehe. Lagipun, cuba dibandingkan dengan ayat ni, yang mana lebih faham, "punca berlakunya peperangan di antara ... dan ... adalah ..." Tapi, dalam hal ini, kena ikut juga kesesuaian orang tu dalam membuat nota, hehe.. Saya akui, buku teks sejarah dia punya teks, mak aih, semua bercampur-aduk, sebaris je semua, sampai kalau nak baca, belum baca habis ni, dah bosan.. Paling senang, ikut ckp cikgu, standby pensel, baca teks, garis isi penting. Then, terus je catat isi-isi penting tu ke dalam buku lain..
Seterusnya, kita mestilah tidak membuang masa, (ayat macam dalam buku komsas last sekali bahagian pengajaran, ahak!).. Tapi memang betul ar, masa 3 bulan sebelum SPM tu, boleh dikatakan masa tulah saya macam beria-ia sangat ar nak buat itu ini, (padahal bermain juga kalau ada masa lapang, hehe).. Sya masa tu banyak melakukan pengorbanan.. Gitar saya kalau dulu boleh dikatakan tiap minggu saya confirm akan sentuh or bersihkan, tapi masa tu, mak aih, sampai bersarang kot labah-labah kat dalam lubang gitar tu. Habuk jangan cerita la, sampai tahap membersinkan aku dua tiga kali, (masa dah mula main gitar ni adalah lepas je paper bm abis, haha!) Tu baru pengorbanan gitar, blum lagi drama bersiri, program realiti tv yg ter'miss', sampaikan keluarga saya sanggup berkorban, kalau dulu sampai ketengah malam bising buka tv, masa tu, pas isyak dah tutup dah, hurm, begitulah pengorbanan keluarga kita..
Pastu, kesedaran diri harus wujud, kalau kat dalam kelas tu, kita kena ar sentiasa bertanya kepada guru-guru mengenai bab yg kita kurang faham, tanya je sampai faham, (guru takkan marah punya, tapi kalau kita dah tanya 10 kali tu memang ar guru pun boring juga, tu tandanya kita tak berusaha la tu, asyik nak harap guru je, kan kita ada banyak source, kawan-kawan, library, takpun tanya je cikgu-cikgu lain, hehe..) Then yang paling penting ialah menumpukan perhatian dalam kelas, kalau boleh duduk la di bahagian depan sekali, memang berkat la siapa-siapa yang duduk kat depan ni, sebabnya, kamu orang fikir sendiri, hehe..
Kita juga kena pasang target, contohnya, oh subjek ni aku lemah, pasang target kita nak tingkatkan lagi pemahaman subjek tu, tapi jangan pula lupakan subjek yang kacang pada kita.. Kita juga kena sentiasa menghadiri kelas tambahan, tapi kalau kelas tambahan tu memenatkan murid tak boleh juga, kalau boleh dalam sehari kelas tambahan tu, satu subjek je yang dipelajari.. Seterusnya, kita janganlah bersikap kurang ajar kepada guru, kang cikgu tu sumpah habis ar, merana, hehe.. Kadang-kadang masin juga mulut cikgu-cikgu ni, tu la kena sentiasa hormat cikgu, hehe.. Pasal akhlak pula, kalau kita dah terer, jangan ar jadi s0mb0ng, merendah diri je, serendah mutiara di lautan, tapi kejarlah cita-citamu setinggi bintang di langit, hehe, cuba korang teka dari mana aku ambil kata-kata hikmat tu..
Pastu, pemikiran kita mesti sentiasa berfikiran positif, tak payah fikir aku lemah, tak dapat catch up, betul saya cakap ni, eh silap, yang saya tulis ni, tapi kalau kita berfikiran positif, ia akn membantu untuk menaikkan semangat kita lagi, insyaAllah.. Kita kalau dah faham sesuatu bab kenalah sentiasa membantu kawan-kawan yang lemah, sama-sama berjaya.. Semua yang saya nyatakan di atas adalah perkara-perkara umum, yang selalu orang kata, maybe ada yang lepas baca ni cakap, eleh, aku jumpa kaunselor kat sekolah pun cakap pasal ni juga. Ya, memang betul, tapi kalau difahami segala perbuatan positif-positif di atas ni, barulah kita boleh mendapat semangat pembelajaran yang kita inginkan. Nak cakap senang ar sekarang, tunggu korang rasa masa nak dekat-dekat SPM nti, barulah setiap perkataan positif yang diabaikan tu akan memberi makna yang mendalam sekali dalam diri kita, hehe..
Peringatan saya yang lain adalah pada masa-masa akhir, jangan bercinta dan jangan jatuh cinta. Percayalah, saya dah lihat kesan dia, bukan atas orang lain tapi pada diri saya sendiri. (sampaikan kalau dulu saya je top scorer sesuatu subjek tu, tapi bila dah perasaan tu datang, mak aih, pernah sekali tu, saya je sorang yang gagal subjek tu dalam ramai-ramai kawan sekelas.. Cikgu pun kecewa, hehe..) Alhamdulillah, oleh kerana saya pada masa itu berfikiran positif, saya jadikan kelemahan saya itu sebagai punca kekuatan, jika saya lemah kerana menyukai seseorang, saya jadikannya kekuatan untuk bersaing dengan perempuan itu.. Then, subjek saya yang tiba-tiba drop tu, saya dapat A, hehe.. Okay, dulu last year sama-sama dapat award, sekali result keluar, boleh la, up sikit daripada dia, hehe, (tapi result biasa-biasa je, huhu) dan ini merupakan peringatan yang terakhir, sentiasa la penuhkan solat, sentiasa berdoa pada Tuhan, seikhlas hati, dan kalau boleh, buat la nazar, kalau macam saya, saya nazar puasa sehari bagi 1A yg saya dapat, then, dah dapat result, saya puasa la 5 hari, dah cakap dah, result biasa-biasa je, hehe..
Mesti ada orang kata dia ni tulis banyak-banyak, itu ini semua tapi result sederhana je, hehe.. Ya, saya akui itu, kadang-kadang saya rasa macam tak lengkap lagi ar nak bagitahu, mcm pend. Agama sya dpt B+, tak dpat A sebab over confident, padahal boleh dikatakan tu la subjek yang paling senang, tinggal fikir logik je, tapi itu la, huhu..
Nasihat saya kalau ada adik-adik yang membaca ni, buatlah persediaan awal-awal, jangan over confident, merendah diri, hormat kepada ibu bapa dan guru, jangan melibatkan diri dalam alam percintaan dan yang akhir sekali, berdoalah sebanyak yang mungkin kepada Tuhan, kerana Dia lebih menyukai hamba-hamba-Nya yang meminta-minta kepada-Nya.. Fuhh, oleh itu, sekian saja, sebarang salah info atau ada kata-kata yang terkasar, harap maaf, tujuan hanya ingin mendidik, bukan nak cari pasal, hehe.. Trimas coz sudi luangkan masa baca post ni, alios~