Tuesday, April 12, 2011

Renungan~

Islam ada mengajar kita supaya janganlah kita menyampaikan fitnah lebih-lebih lagi mengaibkan seseorang, tapi pada hari itulah keadaan yang aku alami. Hari itu, aku bersama rakan-rakan keluar berjalan-jalan, (rakan-rakan sekelas).. Pada masa itu, seorang daripada rakanku membawa seorang rakan dari sekolah lain untuk join kami jalan-jalan.. Setelah itu, kami singgah di sebuah restoran untuk makan ar selepas penat berjalan. Pada masa itulah dia (kawan dari sekolah lain) telah menceritakan keaiban salah seorang rakan sekelas ku yang lain yang mana pada masa itu tiada di situ dan rakan sekelas ku itu pernah bersekolah bersama dia. Setelah mendengar semuanya, lantas fikiran saya terhadap rakan saya itu mula berubah, dan pelbagai andaian negatif lahir dalam diri saya mengenai dia.. Pada malam itu, apabila sya berfikir dalam-dalam, saya tidak seharusnya berfikiran sedemikian, dan seharusnya berfikiran bahawa rakan saya itu telah berubah sikap apabila telah berpindah ke sekolah kami.. Apa yang ingin saya katakan di sini adalah janganlah kita membuka aib orang kerana kesannya amatlah besar terhadap seseorang, dan saya juga ingin berpesan juga kepada diri saya sendiri agar tidak melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, kerana orang yang menyaksikan kita melakukan perkara itu bukannya boleh dipercayai sangat, mulut orang kita tak tahu, huhu.. Apa-apa hal, anta bercakap dan berdiam diri, ada lebih baik kita berdiam diri.. Thanks for reading, semoga perkara ini menjadi teladan kepada kita semua..

No comments:

Post a Comment